Pengangkutan kami ke universiti |
Setibanya kami di Riyadh, Arab Saudi pada waktu tengahari, kami menunaikan solat fardhu di airport dan setelah itu kami mula terpinga-pinga dan kebingungan kerana kami tiada sebarang jaringan komunikasi dan juga tiada siapa yang kami kenali untuk membantu kami. Jadi, kami cuma hanya menunggu wakil dari Exco Lajnah Kebajikan, Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR) tiba di airport kerana beliau telah dimaklumkan waktu ketibaan kami. Hampir setengah jam menunggu, tibanya saudara Firdaus selaku ke Exco Lajnah Kebajikan untuk menjemput kami.
Pada awalnya saudara Firdaus hanya merancang untuk menaiki teksi tetapi maklumlah, ini merupakan hari dan kali pertama kami ke Riyadh, masing-masing membawa bagasi yang banyak dan agak besar. Jadi, kami diputuskan untuk menaiki dua buah SUV (seperti dalam gambar) sebagai pengankutan kami ke universiti kami. Harga agak berpatutan kerana bilangan kami yang agak ramai. Dalam perjalanan ke Universiti Imam, kami dapat melihat di antara universiti wanita terbesar di dunia iaitu Universiti Amirah Noura yang terletak berhampiran lapangan terbang Riyadh. Kami agak terkejut melihatnya kerana di dalam universiti tersebut terdapat keratapi ringan seperti Monorail di KL dan juga kawasan universiti yang sangat luas.
Hampir 10 minit kami berada di dalam kereta, maka tibalah kami di Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud. Dipunggah semua bagasi turun dari SUV, terus bergerak ke asrama kami. Sebaik sahaja tiba di asrama, Kami disambut oleh beberapa orang senior yang merupakan ahli exco yang sama. Kami di hidang dengan nasi arab yang aku dah lupa apa jenis nasi yang aku makan. Kami berborak sambil saling berkenalan dengan mereka sehingga masuk waktu asar. Pada mulanya aku agak terkejut kerana jam memnunjukkan 3.30 petang tetapi sudah masuk waktu asar kerana aku belum pernah merasa waktu sebegitu.
Asrama yang disediakan kepada kami mempunyai satu bilik tidur, satu tandas, satu ruangtamu (yang dijadikan bilik juga) dan dapur. Kami terpaksa berkongsi satu asrama seramai empat seasrama memandangkan asrama yang diberi kepada kami hanya tiga manakala bilangan kami seramai 12 orang. Pada ketika itu, bilik kami 80% tanpa perabut. tiada katil, tilam, meja, kerusi dan sebagainya. Yang ada cuma peralatan dapur dan tandas seperti peti ais, dish washer, kabinet dapur dan lain-lain lagi. Bagasi kami masih belum boleh dibuka kerana kami perlu menuggu pekerja am (yang kami panggil sebagai "Sodiq") untuk memanggil kami mengambil katil, tilam, bantal dan selimut musim sejuk. Kami pasangkan katil satu sama lain dan mengemas serba sedikit barang kami.
Pada malamnya, kami cuma berehat kerana kepenatan dan juga Jet lag yang kami lalui.
- Bersambung -
- Urusan Sebelum ke Kelas -
- Urusan Sebelum ke Kelas -