Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud telah ditubuhkan pada tahun 1974. Batu asas bagi pembinaannya telah diletak pada zaman Raja Fahad pada 5 Januari 1982. Ianya siap dibina pada tahun 1990. Universiti ini terletak di ibu negara Arab Saudi iaitu Riyadh. Ianya juga memiliki beberapa buah kampus cawangan luar negara seperti di Indonesia, Jepun dan juga Jibouti.
Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud adalah sebuah universiti milik penuh kerajaan Arab Saudi di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Arab Saudi. Universiti ini juga merupakan antara universiti yang terbaik dalam bidang pengajian Islam yang terdapat di Arab Saudi. Terdapat ramai ulama' Arab Saudi yang dilahirkan di Universiti Islam Muhammad Ibn Saud ini seperti Syeikh Soleh Fauzan, Syeikh Muhammad Arifi, Syeikh Abdul Rahman As-Sudais (Imam Masjid Haram) dan ramai lagi. Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dalam bidang bahasa arab serta pengajian Islam.
Untuk prosedur permohonan, sila klik di sini.
Untuk prosedur permohonan, sila klik di sini.