Saturday, 9 April 2016

Pengalamanku Menaiki Kapal Terbang ke Luar Negara (Samb..)

Setelah kami boarding kapal terbang kami (Egypt Air) yang akan menuju ke Bangkok, Thailand pada jam 9.30 malam. Pada ketika itu, masing-masing mula senyap dan menghadap telefon masing-masing. Perasaan hiba mula menyelubunyi diri lebih-lebih lagi aku yang belum pernah meninggalkan tanah air untuk merantau di bumi yang aku sendiri belum fasih dengan bahasa mereka. Hampir sahaja air mataku mengalir, kapten kapal terbang mula bersuara untuk memaklumkan beberapa perkara.

Setelah doa musafir dibacakan, video keselamatan telah ditayangkan, kapal terbang kami mula berlepas berangkat ke langit yang gelap pekat tanpa ada sebarang permandangan untuk disaksikan. Perjalanan kami mengambil masa selama satu jam untuk tiba di Bangkok. Di dalam perjalanan tersebut kami disajikan sedikit makanan ringan. layan jela makanan tu memandangkan perut aku pun sudah mula kosong selepas makan petang tadi.

Hidangan yang disedika
Tibanya di Bangkok, kelihatan cahaya lampu dari bandaraya Bangkok mula menyinggah di mata-mata yang melihatnya. Kapten kapal terbang mengeluarkan arahan kepada para penumpang duduk di tempat masing-masing dan ikat tali keledar. Mendaratlah kami di Bangkok sebagai transit selama sejam setengah seingat aku. Di sana, kami tidak akan bertukar kapal terbang tetapi kami perlu mengosongkan kapal terbang tersebut untuk proses pembersihan kapal terbang. Jadi, kami buat keputusan untuk tidak mengeluarkan bagasi hand-carry kami.

Sebaik sahaja keluar dari kapal terbang, sepertimana procedure yang dijalankan oleh mana-mana lapangan terbang di dunia, kami terpaksa melalui scanner walaupun sekadar transit di lapangan terbang tersebut. Bagi aku, lapangan terbang Bangkok antara lapangan terbang yang agak ketat. Semua perlu dibuka sebelum melalui scanner sekali pun kopiah yang dipakai.

Kebosanan
Setelah itu, kami terus menuju ke gate kapal terbang kami tadi. Rezeki jugalah sebab di lapangan terbang Bangkok ada wifi percuma. bolehlah kami layan wifi percuma sambil menunggu pintu kapal terbang dibuka untuk boarding.

Setelah boarding, agak ramai juga pelancong yang ingin keluar dari Bangkok kalau nak dibandingkan dengan di KL tadi. Agak bising jadinya perjalanan kami kali ni tapi tak apa sebab aku pun nak tidur dalam perjalanan kali ni yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam (seingat aku lah) untuk sampai ke Kaherah, Mesir.

Pada awalnya selepas berlepas, aku agak tidak selesa untuk tidur, aku buat keputusan untuk layan sedikit movie yang ada dalam sistem entertainment Egypt Air ni. Puas layan satu movie, layan lagi movie lain sampai tertidur. Perjalanan kali ini agak bosan sebab setiap kali aku tersedar dari tidur, setiap kali itu kapal terbang ni belum menunjukkan tanda-tanda untuk mendarat. Dihidangkan dua kali hidangan kali ni. Makan je lah. Makanan free, siapa tak nak.

Hidangan seterusnya
Akhirnya!!
Akhirnya tiba di lapangan terbang Kaherah, Mesir. Kali ini kami berkejaran untuk melaksana solat fardhu subuh yang makin singkat. Dengan bagasi yang dibawa menyukarkan kami. Tanpa fikir panjang untuk mencari surau yang entah di mana, terpaksa kami solat di hall-way je. Selesai solat subuh, mencari pula gate kerana kami perlu menukar kapal terbang yang kami naiki dari satu terminal ke terminal yang lain. Hampir beberapa kali kami perlu melalui scanner. Penat nak melayan scanner ni. Setiap kali melepasinya perlu buka kasut dan beg laptop untuk dikeluarkan laptop yang kami bawa.

Suasana airport Kaherah
Menunggu giliran untuk di scan
Tiba di terminal dan gate yang dicari, berehat sementara setelah berkejaran mencari terminal sambil menunggu waktu boarding.