Prosedur Permohonan ke Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud


Sepertimana yang kita semua telah sedia maklum, setiap permohonan perlu adanya prosedur dan syarat-syarat permohonan sebelum mendapat tawaran ke mana-mana institusi.

Bagi sesiapa yang ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh, Arab Saudi ini perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Prosedur untuk memohon ke Universiti Imam berlainan dengan prosedur untuk memohon ke Universiti Islam Madinah.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh, Arab Saudi:

  1. Salinan Sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab (Sijil boleh diterjermah di ITBM atau mana-mana institusi yang berkaitan).
  2. Salinan surat beranak yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab (Sijil boleh diterjermah di ITBM atau mana-mana institusi yang berkaitan). 
  3. Salinan passport antarabangsa.
  4. Paling kurang 2 surat sokongan (tazkiah) daripada mana-mana graduan Universiti di Arab Saudi, sebaik-baiknya alumni Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud. Lebik baik jika mendapat sokongan tambahan daripada mana-mana institusi Islam seperti WAMY, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti dan lain-lain.
  5. Salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi yang membuktikan bahawa pemohon adalah seorang yang berkelakuan baik.
  6. 4 keping gambar berukuran passport.
  7. Salinan laporan pemeriksaan kesihatan (medical check up report) daripada mana-mana hospital/klinik.
  8. Surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Setelah selesai menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas, pemohon boleh menghantar dokumen-dokumen tersebut secara online yang bakal dipraktikkan di Universiti ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan, boleh merujuk di Facebook Page Persatuan Pelajaran Malaysia Riyadh - PPMR di bawah.