Prosedur Permohonan ke Universiti Islam Madinah


Sepertimana yang kita semua telah sedia maklum, setiap permohonan perlu adanya prosedur dan syarat-syarat permohonan sebelum mendapat tawaran ke mana-mana institusi.

Bagi sesiapa yang ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh, Arab Saudi ini perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebelum itu, berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:

  1. Pemohon mestilah mempunyai perilaku baik.
  2. Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi peraturan-peraturan universiti.
  3. Pemohon mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  4. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) atau yang setara, dari dalam atau luar Kerajaan Saudi Arabia.
  5. Sijil mestilah dikeluarkan oleh sekolah kerajaan atau swasta yang diiktiraf.
  6. Pemohon haruslah berdedikasi untuk menghabiskan pengajian.
  7. Sijil SPM mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas ia dikeluarkan.
  8. Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun ketika memohon.
  9. Pemohon yang ingin memohon Kuliah Al-Quran mestilah telah menghafal 30 juzu’ Al-Quran.
  10. Pemohon mestilah mematuhi syarat lain yang ditentukan oleh pihak universiti.

Seterusnya, ikuti prosedur berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB).
  2. Sijil Kelahiran / Surat Beranak mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di ITNMB.
  3. Pasport.
  4. Kad Pengenalan (Terjemahan Bahasa Arab).
  5. Sekeping gambar berukuran Pasport berwarna bersaiz (6x4). Gambar yang diambil haruslah tanpa memakai cermin mata dan latar belakang gambar mestilah berwarna putih.
  6. Surat sokongan atau tazkiah (Recommendation) daripada sekurang-kurangnya dua orang lepasan Universiti Arab Saudi yang dikenali oleh pihak universiti atau surat sokongan daripada mana-mana institusi Islam seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Islam, Jabatan Mufti dan sebagainya.
  7. Borang / Surat Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up) yang membuktikan bahawa pemohon berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit. Pihak universiti tidak akan menerima pelajar yang didapati mempunyai penyakit seperti Hepatitis ataupun penyakit berjangkit yang lain. *Borang Pemeriksaan Kesihatan / Medical Check-up boleh didapati di Kedutaan Arab Saudi, Jalan Ampang.
  8. Sijil Memeluk Agama Islam (Jika ada)
  9. Surat Akuan dari sekolah (Certificate of Good Conduct) bahawa pemohon adalah berkelakuan baik (dalam bahasa Arab).
  10. Sertakan sebanyak mungkin sijil-sijil yang berkaitan yang ada dalam bahasa Arab seperti STAM atau sijil kolej dan sebagainya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ke Facebook Page Persatuan Mahasiswa Malaysia, Madinah KSA - Persada di bawah.