Prosedur Permohonan ke Universiti Puteri Noura Binti Abdul Rahman


Para pemohon Universiti Puteri Noura Binti Abdul Rahman perlu mengikuti syarat-syarat dan pada masa yang telah ditetapkan:

  1. Umur pemohon hendaklah tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi  25 tahun.
  2. Pemohon tidak menerima biasiswa dari lembaga pendidikan lain di Arab Saudi.
  3. Tidak terlibat di dalam salah laku jenayah mengikut undang-undang negara.
  4. Pemohon hendakalah mempunyai Mahram yang berada di negara Arab Saudi (Samada pelajar atau pekerja).
  5. Pemohon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan (medical check up report) daripada mana-mana hospital/klinik.
  6. Mempunyai surat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan Sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
  2. Salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi.
  3. Salinan passport antarabangsa.
  4. Surat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Salinan laporan pemeriksaan kesihatan (medical check up report) daripada mana-mana hospital/klinik.
  6. 2 surat sokongan (tazkiah) daripada mana-mana graduan Universiti di Arab Saud.
  7. Surat pengesahan Mahram dari Kerajaan Malaysia.
  8. Salinan iqamah mahram.

Hasil alih bahasa dari ikpmmadinah.