Perjalanan Hamba

Alhamdulillah kerana seorang hamba Allah ini telah dipilih untuk melangkahkan kaki ke bumi anbiya'.

Makkah Al-Mukarramah

Di mana lahirnya seorang Rasul yang dikasihi ummatnya jua tuhannya. Selawat dipanjatkan kepada kepada.

Madinah Al-Munawwarah

Terbentuknya sebuah tamadun yang agong yang dibina dan dipimpin oleh insan yang agong.

Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud

Universiti Imam Muhammad Ibn Saud merupakan di antara universiti terbaik di Arab Saudi.

Tanah Airku Malaysia

Tidak akan dilupakan tanah air di mana tanah tumpahnya darah insan yang dhaif ini.

Wednesday, 18 November 2015

Kini, Pengembaraanku Bermula

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa (Palestin) yang Kami diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Isra' ; ayat 1)
Ketika Berada di Lapangan Terbang Kahera Mesir
Tanggal 7 mac 2015, pada ketika itu aku telahpun berada di Kuala Lumpur. Singgah sebentar ke kolej kediaman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengambil seorang sahabat yang sudi menghantarku. Lalu bertolaklah aku ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada waktu zohor kerana kami dianggarkan akan berkumpul pada waktu asar di sana. Di dalam perjalananku ke sana, perbualanku mula singkat dan pendek dek kerana agak takut dan sedih untuk meninggalkan tanah air ini. Setibanya di sana, agak berat kaki ini untuk keluar dari kereta dan berat juga hati nak mengeluarkan bagasi dari kereta tetapi berbekalkan kecekalan hati dan ketabahan jiwa untuk menyambung pelajaran di sana, aku gagahkan diri ini.

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki di KLIA ni, aku mula keliru di mana balai berlepas dan di mana balai ketibaan. Rupa-rupanya, balai berlepas di tingkat atas. Sambil menunggu kaunter daftar masuk di buka, aku menuju ke surau KLIA untuk solat. Di sanalah aku berjumpa sahabat-sahabat sepermusafiran aku yang tiba lebih awal dariku. Kami berborak di antara kami dan setelah itu kami ke medan selara untuk menjamah sedikit juadah sementara menunggu. Solat sudah, makan pun sudah, maka ketika itu kakak dan adikku sudahpun berada di restoran KFC. Terusku menuju ke sana. Bermain dan bergurau anak buah sulongku yang asyik dengan kawasan permainan kanak-kanak di kawasan itu.

Bersama Sahabat Permusafiran
Apabila kauter telah dibuka dan sebelum daftar masuk di kaunter, suasana ketika itu mula sayu bagiku kerana tiadanya ummi dan walid untuk menghantarku di KLIA. Hanya bertemankan abang ipar, 2 orang kakak, adik dan beberapa orang sahabat yang sudi menghantarku. Apapun terima kasih kerana sudi menghantarku di sana. Hari semakin gelap, salah seorang sahabat permusafiranku masih belum tiba. Kakakku terpaksa bergerak pulang kerana jarak di antara rumahnya dan KLIA yang agak jauh dan memakan masa hampir sejam lebih. Begitu juga sahabat dan adikku yang punya urusan di kampus masing-masing. Maka tinggallah aku keseorangan bersama sahabat permusafiranku.

Setelah tibanya sahabatku yang lambat itu, bagasiku di'wrap' dan terus ke kaunter daftar masuk. Bagasi dah masuk tapi orangnya belum lagi. Makan malamlah terlebih dahulu agar tidaklah keroncong perut sementara menunggu memasuki kapal terbang. Memasuki balai berlepas, diperiksanya pasport dan hand-carry bags beberapa kali semasa di dalam. Kemudian, untuk lebih memberkati permusafiran kami, kami solat. Dengan berbaki beberapa minit sebelum kapal terbang kami berlepas, bergegaslah kami mencari dan menuju ke terminal.

Masuk ke Balai Berlepas
Perngembaraan aku bermula dengan menaiki pesawat Egypt Air yang singgah di dua negara iaitu Bangkok, Thailand dan Kaherah, Mesir.

- Bersambung -

Sunday, 25 January 2015

Langkah Demi Langkah Yang Perlu Dilalui

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, wasyukru lillah rabbil 'alamin kerana masih masih memanjangkan usia hamba ini untuk mengecap nikmat yang diberikan oleh-Nya di dunia ini dan yang paling disyukuri adalah kerana masih diberi nikmat iman dan nikmat islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, khatimul anbiya', kepada para sahabat baginda dan juga ahli keluarga baginda seluruhnya.

Sesungguhnya, di dalam setiap langkah yang kita jalani pasti ada pengawalannya dan juga pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan perjalanan hidup ini. Lantas, sebelum diri ini melangkah ke bumi Arab, disediakan check list untuk mengurus dokumen-dokumen yang perlu disediakan.


Semoga Allah, mempermudahkan dan melicinkan perjalanan urusan ini. In Sha Allah,,,,,,