Perjalanan Hamba

Alhamdulillah kerana seorang hamba Allah ini telah dipilih untuk melangkahkan kaki ke bumi anbiya'.

Makkah Al-Mukarramah

Di mana lahirnya seorang Rasul yang dikasihi ummatnya jua tuhannya. Selawat dipanjatkan kepada kepada.

Madinah Al-Munawwarah

Terbentuknya sebuah tamadun yang agong yang dibina dan dipimpin oleh insan yang agong.

Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud

Universiti Imam Muhammad Ibn Saud merupakan di antara universiti terbaik di Arab Saudi.

Tanah Airku Malaysia

Tidak akan dilupakan tanah air di mana tanah tumpahnya darah insan yang dhaif ini.

Sunday, 10 April 2016

Urusan Sebelum ke Kelas

Di antara urusan yang perlu diselesaikan setelah berada di universiti adalah melakukan medical check-up, penyerahan dokumen, Muqabalah (interview) dan lain-lain (dah tak ingat dah). 

Pada first day aku di sini, aku disuruh untuk ke syu'un tullab (hal ehwal pelajar) yang dibawa oleh ketua exco lajnah kebajikan PPMR. Di sana, aku diminta untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk membuat urusan iqamah (kad pengenalan). Ketika itu dan bermula dari situ juga, aku diminta untuk menyerahkan pasport untuk disimpan oleh pihak universiti. Jadi, untuk pengenalan diri, aku diberikan ta'rif talib (pengenalan pelajar) sementara iqamah aku siap.

Ta'rif Talob
Jika dibayangkan, urusan penyerahan ini sangat singkat dan teramat mudah tetapi bila berurusan dengan orang arab, segalanya menjadi rumit. Di sini aku mula mengenali perangai dan sikap orang arab. Untuk urusan penyerahan dokumen sahaja, ia mengambil masa berjam-jam. Dari pukul 8.00 pagi kami di sana sehingga waktu zohor (pukul 12 tengahari) semata-mata untuk urusan ini dan untuk makluman semua, kebanyakan urusan pejabat di sini akan ditutup selepas waktu zohor walaupun tercatat waktu tutup pukul 3.30 petang.

Pada second day pula, aku dibawa ke hospital universiti untuk melakukan medical check-up. Aku diminta untuk melakukan urine test, blood test, x-ray dan pemeriksaan mata serta telinga. Jika, di Malaysia, setiap kali medical check-up, nama akan dipanggil seorang demi seorang untuk bertemu medical assistance atau doktor. Malangnya di sini agak berbeza.

Suasana di Hospital Universiti
Aku tiba di hospital universiti pada pukul 8.30 pagi. aku dan kawan-kawan aku mengumpulkan semua borang medical dan borang tersebut diserahkan ke kaunter untuk urine dan blood test. Aku menunggu nama aku dipanggil dan agak lama aku menunggu. Kemudian nama salah seorang kawan aku dipanggil. Seorang demi seorang dipanggil untuk mengambil urine. Kemudian mereka diminta menunggu lagi untuk mengambil darah. Sampailah satu ketika, ada seorang orang arab ingin berurusan di kaunter tersebut untuk melakukan blood test. Diutamakan orang arab itu sedangkan kami sudah lama menunggu. Kemudian seorang demi seorang orang arab ingin melakukan blood test. Nama kami makin tertangguh. Nasiblah nama aku pula di nama yang terakhir yang dipanggil.

Selesai mengambil darah, aku terpinga-pinga ke mana arah tuju aku seterusnya kerana guider kami (ketua exco) membantu kawan-kawan aku yang lebih awal siap mengambil darah. Jadi, aku terpaksa menunggu. Jam menunjukkan hampir masuk waktu zohor, para pekerja hospital termasuk doktor, nurse dan penjaga kaunter mula ingin menamatkan khidmat mereka untuk hari tersebut. Maka terkejar-kejarlah aku menyelesaikan urusan. Apa yang menariknya, di tempat pemeriksaan mata dan telinga, aku perlu buat test pun. Nurse yang bertugas di tempat tersebut terus menanda apa yang patut dan meninggalkan cop pada borang medical aku. Tanpa sebarang soalan.

Beralih ke bilik x-ray, aku dimarahi pekerja x-ray tersebut atas alasan bilik x-ray akan ditutup dan dia sudah hampir keluar dari bilik tersebut. Aku berdiam seribu bahasa. Lagi-lagi aku memang tak tahu berbahasa arab. Apabila di dalam, aku menyangka procedure x-ray sama seperti di Malaysia. baju, peralatan yang diperbuat dengan besi dan barang elektronik perlu ditinggal semasa x-ray. Rupa-rupanya tidak sama sekali. Sekali lagi aku dimarahi kerana baginya perbuatan itu membuang masanya. Ketika itu, aku cuma buka baju sahaja. Selesainya x-ray, aku dihalau keluar. Maka terisilah borang medical aku.

Sebenarnya, sebelum kami ke Arab Saudi, kami telah diminta untuk melakukan medical check-up (bukan basic medical check-up) di Malaysia oleh pihak universiti dan dalam masa tidak sampai tiga bulan, kami diminta untuk buat medical check-up lagi semata-mata untuk membuat bitoqoh sakan (kad asrama) dan bitoqoh mal'ab (kad pusat sukan). Dah la semasa di Malaysia hanya di hospital yang terpilih saja yang diterima. Fuh!!

Di sebelah petangnya (selepas asar), kami pergi ke pusat sukan untuk mendapatkan bitoqoh mal'ab. Alhamdulillah, kali ini kami dikurniakan rezeki. Ketika kami menunggu bitoqoh (kad) kami siap, kami dihidangkan dengan sekotak pizza dan sebotol air pepsi. Terasa suka pula berurusan macam ni. Setelah siap, aku dan beberapa kawan aku mengambil masa untuk bergambar di kawasan pusat sukan.

Stadium Universiti
Stadium Universiti dari tepi
Dalam Pusat Sukan
Bangun Pusat Sukan
Pada hari yang seterusnya, kami ke pejabat kuliah (fakulti) atau lebih tepat pejabat maahad (foundation) untuk menjalani muqabalah (interview) ringkas dengan seorang pensyarah dari mahaad ta'lim al-lughah (jabatan pembelajaran bahasa arab). Muqabalah ini adalah untuk menentukan tahap bahasa arab kami dan sekali gus meletakkan kami di kelas yang sepatutnya. Tanpa berbual panjang, kami memutuskan untuk bermula dari tahap satu kecuali dua orang sahaja. Selesai muqabalah, kami ke store untuk mengambil buku teks untuk maddah (subjek) yang diajar di dalam kelas.

Dan pada keesokan harinya, kami terus ke kelas.

Note 1: Pekerja di tempat-tempat awam di Arab Saudi tidak melibatkan wanita kecuali di tempat-tempat tertentu.
Note 2: Setiap kali masuk waktu azan, semua urusan pejabat mahupun pasaraya dan restoran perlu dihentikan serta-merta sehingga selesai solat.

- Bersambung -
- Mustawa 1: Sebuah Pengenalan -
- Umrah Pertamaku: Ibadah yang Dinanti -

Saturday, 9 April 2016

Setibanya Aku di Arab Saudi

Pengangkutan kami ke universiti

Setibanya kami di Riyadh, Arab Saudi pada waktu tengahari, kami menunaikan solat fardhu di airport dan setelah itu kami mula terpinga-pinga dan kebingungan kerana kami tiada sebarang jaringan komunikasi dan juga tiada siapa yang kami kenali untuk membantu kami. Jadi, kami cuma hanya menunggu wakil dari Exco Lajnah Kebajikan, Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPMR) tiba di airport kerana beliau telah dimaklumkan waktu ketibaan kami. Hampir setengah jam menunggu, tibanya saudara Firdaus selaku ke Exco Lajnah Kebajikan untuk menjemput kami. 

Pada awalnya saudara Firdaus hanya merancang untuk menaiki teksi tetapi maklumlah, ini merupakan hari dan kali pertama kami ke Riyadh, masing-masing membawa bagasi yang banyak dan agak besar. Jadi, kami diputuskan untuk menaiki dua buah SUV (seperti dalam gambar) sebagai pengankutan kami ke universiti kami. Harga agak berpatutan kerana bilangan kami yang agak ramai. Dalam perjalanan ke Universiti Imam, kami dapat melihat di antara universiti wanita terbesar di dunia iaitu Universiti Amirah Noura yang terletak berhampiran lapangan terbang Riyadh. Kami agak terkejut melihatnya kerana di dalam universiti tersebut terdapat keratapi ringan seperti Monorail di KL dan juga kawasan universiti yang sangat luas. 

Hampir 10 minit kami berada di dalam kereta, maka tibalah kami di Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud. Dipunggah semua bagasi turun dari SUV, terus bergerak ke asrama kami. Sebaik sahaja tiba di asrama, Kami disambut oleh beberapa orang senior yang merupakan ahli exco yang sama. Kami di hidang dengan nasi arab yang aku dah lupa apa jenis nasi yang aku makan. Kami berborak sambil saling berkenalan dengan mereka sehingga masuk waktu asar. Pada mulanya aku agak terkejut kerana jam memnunjukkan 3.30 petang tetapi sudah masuk waktu asar kerana aku belum pernah merasa waktu sebegitu.

Asrama yang disediakan kepada kami mempunyai satu bilik tidur, satu tandas, satu ruangtamu (yang dijadikan bilik juga) dan dapur. Kami terpaksa berkongsi satu asrama seramai empat seasrama memandangkan asrama yang diberi kepada kami hanya tiga manakala bilangan kami seramai 12 orang.  Pada ketika itu, bilik kami 80% tanpa perabut. tiada katil, tilam, meja, kerusi dan sebagainya. Yang ada cuma peralatan dapur dan tandas seperti peti ais, dish washer, kabinet dapur dan lain-lain lagi. Bagasi kami masih belum boleh dibuka kerana kami perlu menuggu pekerja am (yang kami panggil sebagai "Sodiq") untuk memanggil kami mengambil katil, tilam, bantal dan selimut musim sejuk. Kami pasangkan katil satu sama lain dan mengemas serba sedikit barang kami.

Pada malamnya, kami cuma berehat kerana kepenatan dan juga Jet lag yang kami lalui.

Pengalamanku Menaiki Kapal Terbang ke Luar Negara (Samb..)

Setelah kami boarding kapal terbang kami (Egypt Air) yang akan menuju ke Bangkok, Thailand pada jam 9.30 malam. Pada ketika itu, masing-masing mula senyap dan menghadap telefon masing-masing. Perasaan hiba mula menyelubunyi diri lebih-lebih lagi aku yang belum pernah meninggalkan tanah air untuk merantau di bumi yang aku sendiri belum fasih dengan bahasa mereka. Hampir sahaja air mataku mengalir, kapten kapal terbang mula bersuara untuk memaklumkan beberapa perkara.

Setelah doa musafir dibacakan, video keselamatan telah ditayangkan, kapal terbang kami mula berlepas berangkat ke langit yang gelap pekat tanpa ada sebarang permandangan untuk disaksikan. Perjalanan kami mengambil masa selama satu jam untuk tiba di Bangkok. Di dalam perjalanan tersebut kami disajikan sedikit makanan ringan. layan jela makanan tu memandangkan perut aku pun sudah mula kosong selepas makan petang tadi.

Hidangan yang disedika
Tibanya di Bangkok, kelihatan cahaya lampu dari bandaraya Bangkok mula menyinggah di mata-mata yang melihatnya. Kapten kapal terbang mengeluarkan arahan kepada para penumpang duduk di tempat masing-masing dan ikat tali keledar. Mendaratlah kami di Bangkok sebagai transit selama sejam setengah seingat aku. Di sana, kami tidak akan bertukar kapal terbang tetapi kami perlu mengosongkan kapal terbang tersebut untuk proses pembersihan kapal terbang. Jadi, kami buat keputusan untuk tidak mengeluarkan bagasi hand-carry kami.

Sebaik sahaja keluar dari kapal terbang, sepertimana procedure yang dijalankan oleh mana-mana lapangan terbang di dunia, kami terpaksa melalui scanner walaupun sekadar transit di lapangan terbang tersebut. Bagi aku, lapangan terbang Bangkok antara lapangan terbang yang agak ketat. Semua perlu dibuka sebelum melalui scanner sekali pun kopiah yang dipakai.

Kebosanan
Setelah itu, kami terus menuju ke gate kapal terbang kami tadi. Rezeki jugalah sebab di lapangan terbang Bangkok ada wifi percuma. bolehlah kami layan wifi percuma sambil menunggu pintu kapal terbang dibuka untuk boarding.

Setelah boarding, agak ramai juga pelancong yang ingin keluar dari Bangkok kalau nak dibandingkan dengan di KL tadi. Agak bising jadinya perjalanan kami kali ni tapi tak apa sebab aku pun nak tidur dalam perjalanan kali ni yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam (seingat aku lah) untuk sampai ke Kaherah, Mesir.

Pada awalnya selepas berlepas, aku agak tidak selesa untuk tidur, aku buat keputusan untuk layan sedikit movie yang ada dalam sistem entertainment Egypt Air ni. Puas layan satu movie, layan lagi movie lain sampai tertidur. Perjalanan kali ini agak bosan sebab setiap kali aku tersedar dari tidur, setiap kali itu kapal terbang ni belum menunjukkan tanda-tanda untuk mendarat. Dihidangkan dua kali hidangan kali ni. Makan je lah. Makanan free, siapa tak nak.

Hidangan seterusnya
Akhirnya!!
Akhirnya tiba di lapangan terbang Kaherah, Mesir. Kali ini kami berkejaran untuk melaksana solat fardhu subuh yang makin singkat. Dengan bagasi yang dibawa menyukarkan kami. Tanpa fikir panjang untuk mencari surau yang entah di mana, terpaksa kami solat di hall-way je. Selesai solat subuh, mencari pula gate kerana kami perlu menukar kapal terbang yang kami naiki dari satu terminal ke terminal yang lain. Hampir beberapa kali kami perlu melalui scanner. Penat nak melayan scanner ni. Setiap kali melepasinya perlu buka kasut dan beg laptop untuk dikeluarkan laptop yang kami bawa.

Suasana airport Kaherah
Menunggu giliran untuk di scan
Tiba di terminal dan gate yang dicari, berehat sementara setelah berkejaran mencari terminal sambil menunggu waktu boarding.


Setiap Perjalanan Bermula Dengan Langkah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala nabi, Rasulullah S.A.W, para sahabat baginda, ahli keluarga baginda, tabi' dan tabi' tabi'in seluruhnya.

Pada entri kali ini, pengembara berdosa ingin berkongsi tentang perjalanan proses yang telah dilalui bermula dari senarai nama dikeluarkan oleh pihak universiti sehingga pengembara berdosa tiba di bumi Saudi.







Wednesday, 18 November 2015

Kini, Pengembaraanku Bermula

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa (Palestin) yang Kami diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Isra' ; ayat 1)
Ketika Berada di Lapangan Terbang Kahera Mesir
Tanggal 7 mac 2015, pada ketika itu aku telahpun berada di Kuala Lumpur. Singgah sebentar ke kolej kediaman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengambil seorang sahabat yang sudi menghantarku. Lalu bertolaklah aku ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada waktu zohor kerana kami dianggarkan akan berkumpul pada waktu asar di sana. Di dalam perjalananku ke sana, perbualanku mula singkat dan pendek dek kerana agak takut dan sedih untuk meninggalkan tanah air ini. Setibanya di sana, agak berat kaki ini untuk keluar dari kereta dan berat juga hati nak mengeluarkan bagasi dari kereta tetapi berbekalkan kecekalan hati dan ketabahan jiwa untuk menyambung pelajaran di sana, aku gagahkan diri ini.

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki di KLIA ni, aku mula keliru di mana balai berlepas dan di mana balai ketibaan. Rupa-rupanya, balai berlepas di tingkat atas. Sambil menunggu kaunter daftar masuk di buka, aku menuju ke surau KLIA untuk solat. Di sanalah aku berjumpa sahabat-sahabat sepermusafiran aku yang tiba lebih awal dariku. Kami berborak di antara kami dan setelah itu kami ke medan selara untuk menjamah sedikit juadah sementara menunggu. Solat sudah, makan pun sudah, maka ketika itu kakak dan adikku sudahpun berada di restoran KFC. Terusku menuju ke sana. Bermain dan bergurau anak buah sulongku yang asyik dengan kawasan permainan kanak-kanak di kawasan itu.

Bersama Sahabat Permusafiran
Apabila kauter telah dibuka dan sebelum daftar masuk di kaunter, suasana ketika itu mula sayu bagiku kerana tiadanya ummi dan walid untuk menghantarku di KLIA. Hanya bertemankan abang ipar, 2 orang kakak, adik dan beberapa orang sahabat yang sudi menghantarku. Apapun terima kasih kerana sudi menghantarku di sana. Hari semakin gelap, salah seorang sahabat permusafiranku masih belum tiba. Kakakku terpaksa bergerak pulang kerana jarak di antara rumahnya dan KLIA yang agak jauh dan memakan masa hampir sejam lebih. Begitu juga sahabat dan adikku yang punya urusan di kampus masing-masing. Maka tinggallah aku keseorangan bersama sahabat permusafiranku.

Setelah tibanya sahabatku yang lambat itu, bagasiku di'wrap' dan terus ke kaunter daftar masuk. Bagasi dah masuk tapi orangnya belum lagi. Makan malamlah terlebih dahulu agar tidaklah keroncong perut sementara menunggu memasuki kapal terbang. Memasuki balai berlepas, diperiksanya pasport dan hand-carry bags beberapa kali semasa di dalam. Kemudian, untuk lebih memberkati permusafiran kami, kami solat. Dengan berbaki beberapa minit sebelum kapal terbang kami berlepas, bergegaslah kami mencari dan menuju ke terminal.

Masuk ke Balai Berlepas
Perngembaraan aku bermula dengan menaiki pesawat Egypt Air yang singgah di dua negara iaitu Bangkok, Thailand dan Kaherah, Mesir.

- Bersambung -